Language:
Bermula 1 Oktober 2021, talian Bilik Kawalan SPS akan bertukar kepada nombor baru iaitu
03-87512600

Untuk makluman, MPOB telah membangunkan Sawit Intelligent Management System (SIMS) yang akan digunakan oleh semua pemegang lesen MPOB pada 1 Julai 2024. Untuk maklumat lanjut berkenaan SIMS sila layari https://sims.mpob.gov.my

Sistem SPS akan ditutup penggunaannya pada 1 Julai 2024 untuk urusan penjanaan MPOBL3, pendaftaran pemandu/kenderaan dan pemindahan pemandu/kenderaan. Hanya pengesahan penerimaan minyak oleh konsigni sahaja yang akan dibuka di SPS sehingga 31 Ogos 2024 bagi MPOBL3 yang dijana oleh konsignor sebelum 1 Julai 2024.

Mulai 1 Julai 2024 penjanaan MPOBL3 mestilah melalui SIMS sahaja. Oleh itu semua pengguna disarankan untuk log masuk dan mendaftar SIMS dengan kadar segera dan membiasakan diri dengan sistem baru bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Bagi Syarikat Pengangkutan anda perlu membuat pengesahan kenderaan dan juga pemandu di SIMS mulai sekarang sebelum boleh digunakan pada 1 Julai 2024. Kelewatan membuat pengesahan akan menyebabkan kenderaan dan pemandu tidak dapat digunakan untuk mengangkut minyak.

Sebarang pertanyaan dan juga permohonan latihan SIMS secara atas talian (online traning) sila hubungi Bilik Kawalan di talian 03-87512600 atau email ke sims@mpob.gov.my

Download manual penggunaan SIMS di sini

Lihat video rakaman Bengkel Latihan SIMS - Syarikat Pengangkutan https://youtu.be/pUUPD-geF0A

Lihat video rakaman Bengkel Latihan SIMS - Kilang Buah Kelapa Sawit https://www.youtube.com/live/kMJ9iu9csEI?si=n1Gb2arj_ryQEEx4

Lihat video rakaman Rekod Harian Pengilangan dan MF4A - Kilang Buah Kelapa Sawit https://www.youtube.com/live/BShH1wSAklU?si=nsFXTymTuhKmVMox



Note: Site best viewed at 1024 x 768 resolution in Mozilla 3.5 or above, Google Chrome 3 or above